Selepas tapau Nasi Arab, azan Maghrib mula kedengaran lalu kami bergegas mencari surau untuk menunaikan solat.
Kami melewati deretan rumah teres yang saya kira di diami oleh golongan sederhana mewah. Kelihatan ramai yg sedang melepak & berbual-bual di luar rumah.
Alhamdulillah tidak berapa lama kemudian, kami akhirnya temui surau berdekatan.
Sampai di surau, saya rasa agak tersentuh hati apabila melihat hanya seorang imam & 4 org makmum sedang berdiri, mula mengangkat takbir.
Allahuakbar, masih ada yg sudi mengimarahkan surau tersebut.
Berbaik sangka, mungkin kariah di situ terlalu sibuk, kurang sihat atau juga suara azan kurang jelas kedengaran. Perlukan speaker lg besar & lebih power agaknya. Mari kita bantu.
Penduduk berhampiran juga mungkin perlukan bantuan ilmiah & program yg lebih menarik minat mereka. Solat jemaah itu wajib bagi lelaki tapi mungkin rasa malu masih menebal dalam diri.
Ayuh para isteri, kita beri sokongan padu kepada suami & redhakan suami mencari redha Illahi.
Kongsi apa saja cerita
Tentang keluarga, kasih sayang, & kehidupan...
Saturday, February 2, 2013
Surau & solat jemaah.
Subscribe to:
Posts (Atom)