Thursday, July 21, 2011

Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali

CeritEra





Alkisah suatu malam Aisyah (my 3rd child) membantu saya menggosok baju sekolahnya di bilik bawah....

* note: budak sorang ni memang rajin, selalu rela hati bantu umminya buat kerja rumah tanpa disuruh, tanpa diminta bantuannya; terkenal juga dgn 'kehebatannya' dirumah, femes dgn kerenahnya yg mengusik adik2 & abang kakak nya. :-)

Sambil menggosok baju sambil menyanyi, sekali sekala terdengar dia memanggil Ain (my 4th child) untuk menemankannya (sindrom takut & boring la ni)

Terdengar juga selingan ketawa mereka yg bergurau mungkinnya...

Selang setengah jam kemudian, Ain keluar dr bilik sambil menangis berkata "ummi, alang cubit ain"

"Ain buat apa kt Alang"

"Ain tak buat apa2 pun"

"lain kali Ain cubitlah dia balik" - Ain terkebil2 je (eh, salah ajaran nih)

Lima belas minit kemudian, Aisyah pula keluar dr bilik sambil menangis "Ummi, tangan Aca kena iron.... uwwaaaa"

"laa, mcm mana blh kena ni???"

"Aca x buat apa2, tiba2 je bila Aca nk bangun terkena"....

Hurmmm, saya cepat2 ambilkan toothpaste, sapu di jari manis tangan kanannya....

Apabila dia sudah kembali bernafas dgn tenang (hehe), perlahan2 saya berkata:

"Aisyah, pernah dgr tak org ckp buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, Aisyah tak jahat tapi Ummi rasa Allah nk tunjuk sesuatu lah"

"Tunjuk apa ummi??"

"Kita ni bila selalu sakitkan hati orang, kadang2 Allah berikan kita sesuatu yang tak baik, mcm balasan lah, Allah nak kita tahu mcm mana pula bila kita "disakiti" "

"tapi kan Aisyah tak buat apa2 pun tiba2 je kena"

"Ummi faham tu nakk... tapi kan ada juga org pernah ckp, buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali; kdg2 kita tak pernah terfikir kenapa Allah uji kita dgn kesakitan, rupanya itu mungkin peringatan Allah bahawa kita juga pernah menyakiti orang lain...."

Aisyah tersenyum, mungkin faham, kurang faham, or buat2 faham. Hehehe.....