Wednesday, April 29, 2009

Until 4 Black Rangers Came To Us

CeritEra

It never cross my mind that our neighbour cat was pregnant, until one day they came to our house. All four in black color with greyish tummy.

The mother has grey fur and i guess that the blacky kittens inherit from their "negro" father... hehehe..



Dulu Ain & Acip very takut one... kena jeling dgn kucing pun blh jadi melalak... last week bila 4 ekor anak2 kucing ni tiba2 menjengah dimuka pintu.... Ain & Acip were very excited and tried to play with them...




Since kami tak tahu anak kucing sape... kami culiklah sekejap... find a big box and place the 4 blackies inside.... saya kabo kat en.suami, kita amik depa jadi anak angkatlah... he seems very happy with my suggestion... kami bagi nama "one", "two", "three" and "four"... which equivalent to "4 Black Rangers".. huhuhu



When we went out for work, my maid, Ain & Acip were really enjoy taking care of those 4 cute kitten.



When we home... we saw the mother came & nininkan anak2 dia.... barulah kami tahu, the 4 Black Rangers anak angkat kami tu kepunyaan jiran kami... sesuka hati je kami culik kucing2 ni... hehehe




Since then, the "4 Black Rangers" always come & go...




Our kids were all grown up and now become very loving & caring .. they all demanded for own pets... Nafis has got his tortoise... his smaller sis & bro keep on asking a cat.. macam Tom & Jerry... huh?


We were thinking of getting a new pet for the kids... mmm... later need to train them how to take care of the future comer..!


Maybe as cute as this one... ;-)

Monday, April 27, 2009

Bila jari-jemari kecil mula menari

CeritEra



Bila dia dah pandai mengenal huruf, tak cukup kertas yang kita beri...






Dinding rumah pula yang dihiasi hasil seni...


En.suami marah kat dia, tapi apa yang dia faham sangat... conteng dinding lagi besh pada dia...


Nasib baik kami tak cat lagi rumah... kalu idak, menagis tak sudah...

Sedari kecil memang dia suka menconteng... kat umah lama, abis wardrobe dia lukis bulat2....

Orang kata, jangan kita sekat kreativiti anak sebegini. Mungkin dia punya potensi tersendiri.

Dia bakal jadi pelukis terkenal kot suatu hari nanti..!

Tuesday, April 21, 2009

Menyahut Kempen Bumi Hijau

CeritEra

Tanah besar manapun kalu kita malas, jadi padang jarak padang tekukur je lah jawabnya... hehehe...

Tanah sebesar kangkang kera, kalu rajin, inilah hasilnya... cewah..


Yang penting ada cangkul, rajin & sabar... mcm en.suamiku...! hehehe

Kalu tak kerana en.suami yang macho tu rajin... takan adalah pokok2 hijau ni kat belakang rumah kami.


Nilah ghope pokok cili yang dah kami "tuai" hasilnya.... bendi pula sedang berbunga and mula berbuah...




Kalu tak kerana en.suami tatang bagai minyak yang penuh pokok2 tu, mungkin pokok tu tak tumbuh subur and berbunga cantik yang menakjubkan.



Kalu tak kerana tangan en.suami sejuk (isteri dia tgn panas...- alasan!!!) , mungkin pokok2 tu langsung tak hidup or kemetot.




Pokok petola ni nampak comel kan...





Serai tak sempat besar, si isteri selalu cantas buat masak asam podeh...




Pandan boleh tahan gemuknya mcm pn.isteri...


Pokok betik ni orang tua kat kg yg bagi anaknya... harap makin subur n hasilkan buah...




En.suami cucuk 3 batang pokok ubi... yah...yah...yah...kuar tunas la beb... memang tangan sejuk la tu... heh



Wa caya sama lu la macho man. Love you babe!

Jauhi Sikap Negatif

CeritEra



Kenapa ye kita manusia susah nak terima kekurangan insan lain, juga ego nak mengakui kesilapan sendiri. Akhir zaman ni, manusia semakin tamak. Tamakkan kuasa, tamakkan harta, tamakkan pangkat, tamakkan dunia.



Saya tamak gak. Tamak nak jadi ibu yang sempurna. Tamak untuk jadi isteri yang ideal buat en.suami.



Rasa dah busan tahap gaban kat tempat kerja. Ada jugak spesis yang tak buleh tengok orang lain senang. Spesis yang gembira bila orang lain sedih dan tak gembira.



Aku bukan pelakon juga bukan iguana mcm dia... yang boleh bertukar2 watak jadi manusia paling hipokrit, jadi penipu, jadi pembelit, dan pemusnah kebahagiaan orang lain. Melampaunya dah tahap gaban.



Maaflah en.suami, hari ni tensen abis, ajak abang teman makan Mc Value Lunch. Maafkan ummi Along, langgar "pantang-larang" Along utk boikot MC-D.



Lebih baik jadi surirumah daripada kerja tak happy, daripada kena jadi hipokrit mcm dia, daripada kena ikut telunjuk perempuan tak bermaruah mcm dia. Tak tahu sampai bila aku nak kena pretending to be other person. Tahap kesabaran aku dah lupus ditelan raksasa.

Moga Allah mudahkan urusanku & impianku menjadi surirumah jadi kenyataan...Aminnn.



Thanks a lot en.suami to forward me a very gud article:



Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:
1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.



2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.



3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.



4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.



5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga Anda.


6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi Anda.



7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.



8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada Anda.



9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan Anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi Anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding Anda.



10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.


11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.



12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari Anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari Anda.



13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar Anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.



14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.



15. Mahu orang lain respek Anda, tapi sukar untuk Anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan Anda.


16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat Anda marah.



17. Menganggap diri Anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.



18. Anggap apa yang Anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian Anda lebih hebat dan Anda tak sanggup dikalahkan.



19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.



20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.



21. Mahu orang lain mengikut saranan Anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.



22. Berlagak seolah-olah Anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.



23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.



24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.



25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.

Monday, April 20, 2009

Cake Decoration Class at Saujana Utama

CeritEra

Pheww... class kali ni betul2 mencabar kesabaranku.. meriah pun ye bila student show off bakat memasing.. hehehe.

Ni second time join class yang diorganize oleh kawan baruku yang hot dari Saujana Utama iaitu Ayu ( owner Ayu Sutra Cafe) & sifu yang ajar kami ialah Mazlin (owner Pastry Station)...

My first class was cheese cake...idok le renyah sgt wat cheese cake nih...



1. Sib baik Ayu & sifu dah prepare choc cake & butter cake for eact participant

2. Ni antara utensil yang kita guna

3. Cake deco ni bunyi mcm simple, tapi sampai buleh tumbuh pimple dibueknyo... rupanya ada mcm2 nozel... haaa... Ayu janji nak bagi list nozel & different use of it... ni kena tuntut janji kat dia...

4. Ni la ghope 1st layer decoration



5. Nak wat bunga simple pun jenuh sungguh... almaklum tangan keras, biasa ketuk keyboard je.. kena byk sabar beb..!

6. Selepas berhempas pulas, bercomot bagai, ni lah hasilnya yang tak seberapa






Yang pasti anak2 ummi happy sakan bila ummi bawa balik 2 biji kek yang comel+comot... huhuhu

Friday, April 17, 2009

Strategi Menjadi Pengguna Yang Bijak - Chapter 1

CeritEra

A close friend has just forwarded to me a new interesting portal called SMART PENGGUNA by KPDHEP.

http://www.smartpengguna.my/

Korang cubalah tengok. Korang boleh compare hypermarket mana offer the chepest price - Carrefour, Giant, Jusco, Mydin , and Tesco.

Saya dah cuba try test compare and analyze sample of products and can be conluded that Mydin was the most cheapest hypermarket...

Saya dan en.suami selalu beli barang dapur kat Pasaraya Meru... so takde la dlm list tu...tapi can say that Pasaraya Meru barang2 boleh tahan murah setanding Mydin. Cuma x banyak pilihan....huhuhu

Kami berdua selalu track and save dlm kepala kami harga2 barang2 keperluan yang kami selalu beli... 1 barang buleh jimat seringgit dua, dengan 4x sebulan berbelanja, of coz byk buleh jimat banyak sebenarnya!


Tepuk dada tanya selera..

Setiap Anak Anda Adalah Unik & Istimewa

CeritEra

Teringat kata2 mak, 10 anak 10 ragam... (uish...penatnya mak besarkan kami 10 beradik... terima kasih mak..!)


Very true.




Saya melihat anak2 membesar dengan perasaan yang bercampur baur...
Selalu juga analyze mereka begini:

1. Kalu anak yang fast learner, smart, friendly
--> elakkan bergossip dpn dia... dia akan pasang telinga...save dlm kepala... lain kali kalu sebut balik dia akan buleh recall psl org yang digossip tuh... bahaya... tp mungkin dia blh jadi reporter or perisik...
--> senang berkawan tapi mudah terpedaya... bahaya gak if jauh dari keluarga... mudah terpengaruh ni... then baru jegil mata sikit dah meleleh air mata...jgn harus dpt suami yang garang...mau hari2 nangis tepon bradik2 dia..
--> kuat daya ingatan dan kreatif... mungkin sbb masa kecil2 minat solve-puzzle toys...boleh cemerlang dlm akademik, akan score dlm subjek menghafal, boleh kuasai tajwid, blh jadi cikgu... tapi budak mcmni kadang2 over confident... jadi careless bila time exam...






2.Kalu yang agak friendly, agak lurus,kureng sabar,pengecut,kaki tv/games
--> selalu gak kena ejek, kalu yang dia x faham dia x kisah sangat apa yg orang ejek dia... sengeh ajelah dia... tapi kalu lebih2 dia jadi baran...so selalulah explain kat dia yang dia hebat sbb tu jadi perhatian,... terangkan sikit2 dia jadi contoh pada adik2...
--> kuat imaginasi sbb terpengaruh dgn tv program & games... cuba ajak dia join aktiviti luar, baiki rumah, gardening, repair kereta, psg kipas/lampu,...dia akan nampak minat... mungkin dia ada potensi jadi saintis..!..jgn jd jimmy neutron udah le.... then blh juga bagi dia solve-puzzle oriented games supaya dia lebih kreatif n mudah menghafal
--> bila dah leka dgn tv dgn games... expose and get him involved in Chese to boost his mind dan tingkatkan daya fokus dia.. memang akan nampak improvement dia...




3. Kalu yang very reserved,stubborn,kureng sabar,pemalu,manja,tak nak mengalah
--> perlu dekati dia dgn cara psikologi... berkeras sgt pun x boleh, berlembut sangat pun tak boleh, nanti pijak kepala kita...
--> kalu nak sesuatu dia nak masa tu gak... so dia ni mungkin jenis yang determined, yang sanggup buat apa sahaja untuk menang & berjaya...
--> bagi dia colouring lebih sikit, bagi dia patient sikit...
--> galakkan dia involve dgn program sosial sikit supaya kureng rasa malu and blh develop self confidence - jgn over udah le
--> ada potensi jadi doktor & peguam rasanya kot



pendapat peribadi yang mungkin jangan diikuti

Thursday, April 16, 2009

Happy Birthday Ahmad Nafis yang ke-8

CeritEra



Hepi besday Nafis..! Pepagi tadi lagi dah menjiwang. Sebak dada bila peluk Nafis. Dah 8 tahun anak ummi.


Tiap kali besday anak2, saya akan tergambar zaman depa kecil molek.. .time depa masih baby....terngiang2 keletah mereka... teringat2 jerit perih besarkan mereka...

Mcm mimpi, Nafis yang kuat melalak, air liur meleleh... cakap pelat (jangan terkezut, dah 8 tahun pun kadang2 pelat gak budak sorang nih..)... dah beso nak sama tinggi dengan ummi...

Rajin2 belajar ye nak....





Pagi tadi, b4 dia pi sekolah, masa dia mkn minum susu, depan2 Abah dia, saya tanya nak hadiah ape? dengan tersengeh2, dia kata "apis x kisah... ape2pun xpe, buku pun boleh..."... ewah...ewah...depan Abah dia bukan main ilmiah jawapan dia.... Abah dia sure berbunga hati dengar jwpn angah... Along & Alang sempat tu nyampuk " jangan tanya2 hadiah la ummi, nanti dah x surprise..".... pulak dah...


Just b4 he stepped out, saya peluk dia, tanya dia lagi, "angah sebenar2nya nak apa?"... dengan penuh rasa rendah dirinya.. ewah...dia reply " apis nak pet... nak bela kura2..."

huh?? Cabaran berat ni nak convince en.suamiku...


Kegembiraan pada seorang ibu ialah:


1. Melihat anaknya sihat

2. Melihat anaknya kenyang

3. Melihat anaknya tidur lena

4. Melihat anaknya semakin hensem..sehensem abahnya ... ahaks

5. Melihat anaknya besar tinggi, mengalahkan umminya...

6. Melihat anaknya pandai mengira...

7. Melihat anaknya rajinsolat & mengaji...

8. Melihat anaknya makan besday kek hasil buatan ibunya... uhuk2... yang ni ummi tak dapat tunaikan kali ni.... ummi betul2 sibuk....

Ummi beli je la yang ni yek....








Aiseh... terngiang2 kata2 dia... "ummi nanti buat je besday kek apis, ummi kan pandai wat cake..." yolah tu nak...


InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki, bila ummi dah terror decorate cake...ummi buat paling spesel unuk angah....untuk semua anak2 ummi...!