Friday, December 7, 2012

Audit diri (muhasabah)

#Audit diri Jumaat penghulu hari#
Di dunia
;
Manusia ghairah beradu tenaga >
siapa paling kuat siapa lagi gagah perkasa.
;
Bersaing siapa paling cantik jelita >
siapa lagi ramping mempesona.
;
Berlumba siapa paling kaya >
siapa lagi banyak harta.
;
Berlawan siapa paling berpengaruh >
siapa lagi ramai pengikut.
;
Cuba berlawan,
siapa paling dekat dgn Allah?
siapa paling kuat hatinya kala diduga?
siapa paling byk fahami Alquran & sunnah?
siapa paling tenang menanti ajalnya?
;
*aku tunduk malu kerana masih byk aku tak tahu*

Tuesday, December 4, 2012

Kilam kelibut

Hari kedua masih kalut juga...
Kerja rumah...tiada sudahnya...
kain baju jgnlah cite...
Anak2 hebat kerenahnya.
;
Bangun seawal pagi,
Masak campak sana campak sini,
Lap2 badan suami,
Tp aku masih di jalanan lagi...!
@@
:O


Bukan mudah menjadi isteri & ibu. Tanggungjawabnya besar, tugasnya mencabar. Lebih2 lagi ibu yang bekerja. Lebih2 lagi bila suaminya tidak sihat yang perlukan jagaan. Kasihan suamiku. Kasihan anak2ku. Ummi perlu bekerja....kerana cuti tahunan hanya sedikit yang berbaki. Lalu tugas2 di rumah banyak cacat celanya. Sempat buat sarapan, sempat masak nasi, sempat goreng ikan tapi tak sempat masak sayur untuk santapan tenghari mereka. Kadang2 pula, sempat masak sup sayur, tapi tak sempat goreng ayam. Nobody's perfect kan? huhuhu....

Monday, December 3, 2012

Redhakan Aku Menjadi Kesayanganmu

# Redhakan Aku Menjadi Kesayanganmu #

Kita mungkin tak mampu menandingi...
;
kehebatan Siti Khadijah, 

mahupun,
keberanian Sumaiyah,
;
tapi kita harus cuba mencontohi,
;
ketabahan Asiyah,

kesabaran Fatimah,

In shaa Allah menjadi kesayangan seperti Aisyah.

*mata menunduk ke bawah sambil menghela nafas yg tak berapa panjang*

Sunday, December 2, 2012

Monolog Seorang Badut

# TAWA AKU DI KHALAYAK SERIBU #

Tawa ini.
Bukan illusi
Bukan tunjuk berani 
Bukan juga menyeksa diri.
;
Tawa ini.
Sekadar mengaburi
Hakikat hidup ini
Perit bila bersendiri.
;
Tawa ini.
Demi yg dikasihi
Agar mereka terus berlari
Hingga sirnanya pelangi.
;
Tawa ini.
Akan terhenti.
Bila diri rebah ke bumi.
MenemuiMu... Illahi.

~ Wad.522-SMC-2.12.12 ~

Saturday, December 1, 2012

Aku seorang mak guard.

Aku bukan sekadar peneman suamiku, tp juga mak guard yg garang....hahaha
Hari ni hari kedua selepas suamiku operate slipped disc. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Suamiku memang kuat semangat. Memang jenis tahan sakit.
Semalam dia dah mula tunjuk hero. Nak berjalan pegi toilet...aku ye ye lah pimpin dia tapi bukan main laju dia jalan! Weiii...taulah tuan Dr. Jamal Azmi tu insert spring dlm tulang belakang tu...helah nk gangnam style pulak dia!
Uiittt...ngeri mak...mmg kena bebel dgn mak guard sorv ni kan...dia selamba abis....
Okay bang. Cakapku tak laku. Aku diam2 keluar bilik cari nurse...cite kedegilan suamiku...mintak nurse report kat doctor....hahahaaaa....
Immediately tak lama lepas tu Dr. Jamal dtg....haaaa....amik kau kena perli dgn doctor...."mcmni dah boleh lari dah ni...dah blh balik la ni...."...
Aku menyampuk ckp "doctor rotan je lah dia ni...degil nak move around" hahaha....tambah ajinomoto bagai...kah3
Ok then doctor bagi korset utk suamiku pakai.... Dr. Jamal siap ckp kat aku "lepas ni Malek lagi ramping dr you" errkk...gulppp... @@
Ok now dia dah mendengar kata sikit awek dia ni haa....lgpun ubat tahan sakit dh kurang...makanya lagak macho nk jadi hero juga berkurang....hahahaa... ;p

Friday, November 30, 2012

Monolog hati wanita besi.

# SEORANG AKU DI BUCU KAMAR SAKIT SUAMIKU #

Sunyi sepi.
;
Benci bila sendiri.
Airmata merasuk diri..
Pergi....pergi jgn dtg lagi
Aku mahu jd wanita besi.
;
Hello..hello...siapa itu.
Suaranya sayu.
Tangisannya berlagu.
Lalu dia berpesan pdku.
;
"Kau jaga adikku,
kau temanilah adik kesayanganku"
Itu pesan iparku.
Buat aku terpaku.
;
Tinggi harapanmu
Kacau jiwaku.
Beratnya bahuku
Kerdilnya aku.
;
Aku buat semampu aku.
Kerana aku hanya ada diriku.
Hanya aku.
DisampingMu Allah yg Satu.
;
~ Wad522-SMC-30.11.12 ~

Tuesday, November 27, 2012

Acip & H*id

Ketika yg lain berebut nak ambil wuduk untuk solat Maghrib, Ain bertanya padaku "Ummi tak boleh solat kan???"
"ye Ain, ummi kan cuti"
Ain - "ooo... ummi datang ha*d yek"
Perbualan itu tadi rupanya telah menyusuri halwa telinga Acip yg kelihatannya sebelum ini sedang khusyuk bermain dengan Naufal.
"Ummi, Acip pun tak boleh solat lah.... Acip pun ha*d"
Hahhh??? Apalah yang anak bertuah sorang ni merepek...
"Acip, lelaki mana ada ha*d.." balasku.
"Ummi, Acip ha*d lah... Acip tak boleh solat lah..." agak tinggi suara Acip kali ini...
"yelah Acip, tu bukan alasan tak boleh solat...tapi alasan tak mahu solat...!"

Monday, November 26, 2012

Cukuplah Allah bagiku

Benarlah kata si dia.
;
Jgn mengharap perkara yg x pasti.
....
Jgn meminta pd yg x sudi.
....
Jgn menangis kerana manusia yg tiada hati.
....
Jgn mengalah kerana Allah pasti disisi!
....
Kerana hidup ini...
Perlu punya kekuatan hati...
Dan rasa kebergantungan yg tinggi pd Illahi...

Friday, November 23, 2012

Suamiku operate juga akhirnya (slipped disc)

CeritEra

Akhirnya perkara yg paling aku takuti berlaku juga.

Slipped disc suamiku is getting worst. Can't explain much sebab aku tak faham sgt apa yg Dr. Jamal Azmi (SMC) expalain. Its too complicated. Hoho...

Ye, suamiku akan menjalani major operation next week 29/11/12.

Empunya badan sgt cool, keep saying "takde apalah", as always la kan.... or maybe dia buat2 cool sebab nak cover debaran dia....juga tak nak aku risau?


"Ni bkn tebuk sikit bang oi, ni open surgery, very high risk la beb" 

"dah lama abg sakit, buat fisio mcm ni jugak..." rintih suamiku "doktor pun ckp kan condition abang dah teruk"

Mcm2 yg aku risaukan....mari lihat senarai ni...hehehe

1. Sbg isteri aku risaukan kesan selps operation. Mampu ke aku jaga dia? berapa lama dia terlantar atas katil nanti?
2. Sanggupkah aku melihat kesakitan dia nanti?
3. Aku xde maid, anak2 aku mcm mana? Operate Khamis, esoknya Jumaat aku boleh tinggal anak2 di rumah babysitter, tp weekend mana aku nak letak anak2 aku?
4. K.long & Angah pergi Kem Tahfiz...every week mestilah kena visit dia org...mcm mana aku nak angkut semua anak2?
5. Semua kerja2 rumah mmg aku kena buat sorg2...selama ni suami yg bantu...mmg patah tgn la nanti kan...huhuhu
6. Cuti aku dh x byk....kalau aku tggl suami dirumah bila masuk keje, sape nk tengokkan suami aku....
7. Adakah pilihan operation ini solution terbaik utk sembuhkan slipped disc dia
8. Yg pasti anak2 sure sedih sbb plan nak pegi bercuti ranap sama sekali....(previously plan nak pi bercuti week Krismas tu sbb semua abis kem time tu lah kan).... ohhh kesiannya anak2ku...

Ya Allah....susah hati dibuatnya.... Mak & bapak ada lagi tp aku tak sanggup susahkan diaorg...tak cerita pun lg kat diaorg....tak terkeluar nak sebut mintak mak dtg sbb for sure bapak tak nak dtg.... bapak bkn larat travel jauh...
Mak & pak mentua dah takde.... adik beradik of coz dgn urusan masing2...

Oh, rasa mcm sebatang kara pulak...sob...sob...sob...

Dei...!!! sudah2lah sedih....!!! Hehehe
Kena ingat , aku ada suamiku, dia ada aku, yang paling penting, aku, dia, kami, ada Allah yg Maha Besar.

Ya Allah, permudahkan urusan kami & kurniakan kami hati yg cekal. Aameen ya rabbalalameen.


 

Friday, November 16, 2012

Kem Cuti Sekolah 2012 "Bersusah2 di dunia, bersenang2 di akhirat sana"

CeritEra

Yang ditunggu dah tiba. K.long dah balik....yeayyy...tp sekejap je yeayy tu sebab k.long terlebih semangat nak pegi kem lain pulak.

K.long ada Kem Gempak anjuran sekolah dia http://www.mrsmgemencheh.com dari 9/11/12 ~ 15/11/12.  Waktu yg sama, ada juga reg utk Kem Tahfiz di Maahad Tahfiz Az-zahrah (MTAZ), Hulu Langat http://mtaz.blogspot.com pd 13/11/12 ~ 15/12/12. 
Since ada pertindihan prog, pihak MTAZ bg kelonggaran & K.long sepatutnya reg Kem MTAZ tu pd 18/11/12 Ahad.

Kerana semangat luarbiasa dia, tetiba petang Jumaat 16/11/12 dia request nak reg awal, instead of Ahad, nak reg esoknya Sabtu 17/11/12.... Agagagaaa.... k.long, ummi baru amik k.long semalam, tapi esok dh nak pergi lagi. Ye...mmg ummi yg encourage k.long pegi Kem kt MTAZ tu sbb nak ensure hafazan k.long selama hampir setahun ini akan terjaga...tp ummi bru jumpa k.long sekejap sgtt...uhukkk :'(

So k.long akan habiskan masa sebulan disana...sehingga Sabtu 15/12/12...
Well, ummi proud of you girl, korbankan waktu cuti demi cita2 menjadi seorg Hafizah. Well done bebeh.

And...Angah pulak akan join Kem Hafazan anjuran Masjid As-syarif Meru Klang http://www.asysyarifmeru.net bermula dari Ahad 18/11/12 ~ Sabtu 8/12/12. So 3 minggu anak bujang aku akan belajar berdikari ye nak. Angah pun ok je, x byk songeh, cool & steady sokmo.

Alang ada juga request nak pegi juga kem. Tengoklah nanti mcm mana sebab ummi takde assistant nanti...hahaha....

Ingatlah anak2ku, bukan lepas tangan, tapi ini satu pengorbanan. Ummi berkorban rasa, anak2 berkorban masa. Bersusah2 di dunia, in shaa Allah bersenang2 di akhirat sana! Aameen ya rabbalalameen. :-)

Wednesday, November 7, 2012

Geng Bas Sekolah

CeritEra

Alkisah cuti sekolah panjang Nov-Dec 2012 yg akan datang ni, rupanya plan anak2 lagi advance dari ummi & abah!

Ikuti dialog berikut...ada 5 watak kanak2 & 1 dewasa. :-)

Acip (5yo) : Ummi, jom kita pegi Kidzania http://www.kidzania.com.my/ lagi nak tak? pegi jugak Legoland... http://www.legoland.com.my/

Ummi: Aikkk...kan dh pernah pegi Kidzania tu... Legoland tu jauh & mahal lah...

Aisyah (10yo) : Kan ummi dah ada 4 tiket free... Aisyah nampak abah simpan...*sambil sengih*

Acip (5yo) : Jom la ummi, Acip dah janji nak bawak Ammar, Aqeel, Amirul, Ikhwan, & Iman...jom la ummi...

Aisyah (10yo) : Aaah ummi, Rafhana & Saedah pun ckp nak ikut kalau Aisyah pegi Kidzania & Legoland

Ain (7yo) : Ummi, Ain pun nak ajak Mysa & Yin...mesti dia org pun nak ikut

Ummi: MasyaAllah....apa yg ramai sgt ni...korang pun belum tentu pergi...

Acip (5yo): Jommm la ummi...

Ummi: Mcm mana ummi nak bwk ramai2...susah la...mana muat keta (keta sardin) kita...? Anak2 ummi je pun dh penuh

Ain (7yo) : Kita naik bas 2 tingkatlah! *muka excited*

Ummi: Ya Allah...tak larat la ummi nak jaga ramai2...

Acip (5yo): Ummi tak payah jaga kita org...kita org main2 sendiri la nanti...ummi jaga Naufal (adik) je...tidur2 je dgn Naufal

Ummi: Haaa? Susahlah nk bwk ramai2...kalau ummi pening pengsan mcm mana?

Ain (7yo) : Panggil la ambulan... *senyum simpul*

Acip (5yo) : Ummi, papazola dlm citer Boboiboy tu pengsan sekejaaappp je...takde apalah ummi... *ayat konfiden abis*

Nafis (11yo): Hahahaaaaaaa *ketawa sorang2*

Naufal (2yo): pun -  Hahaaahahaaa *ketawa dibuat2...sbb org lain ketawa*

Ummi: Ya Allah...nasib baik k.long x join...kalau tak lagi hebat plan derang.... ;p

*Now Ummi betul2 rasa nak pengsan sebenarnya*

Thursday, November 1, 2012

Jangan Berhenti Berlari Memimpin Kami Menuju Syurga Firdausi

CeritEra

Happy Birthday dearest hubby. Selamat menyambut hari tua....hehe

Semoga teman sehidup sematiku dirahmati Allah, beroleh keberkatan umur & sentiasa dalam perlindunganNya.

Saban tahun dia akan berpesan agar tidak berabis duit utk beli apa2 cenderahati utk dia, sama ada hari bapa, hari ulangthn perkahwinan, mahupun utk harijadi dia.

Sebagai isteri yg taat setia, aku mmg patuh dgn pesanan & ingatan dia sebab selain dari dpt jimatkan duitku (kehkehkeh), aku belajar untuk berlapang dada,pd  bahawa harijadiku nanti pun jgn dok nak mengharap hadiah spesel dari dia.... bijok betul suamiku itu  kan...mendidik dalam melirik...hohoho...

Atas kesedaran sivik yg sgt tinggi, maka ini sajalah yg mampu aku beli & persembahkan kpd tuan paduka raja....hehehe






 1. Nota Hati Seorang Lelaki - Ustaz Pahrol Mohd Juoi


2. Di mana DIA Di hatiku - Ustaz Pahrol Mohd Juoi


3. Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik - Ustaz Zahazan 




Harap beno dia ada masa utk baca buku2 tu semua....agak2, bila dia blh khatam 1 buku ye... hihihi... Apa2pun, buku2 ni semua sgt best...jgn pulak aku yg layan buku2 ni sudah...haha

Akhir kalam, mudah2an Allah perkenankan doa suamiku, ampuni dosa2 dia & dipermudahkanNya dlm segala urusan. Aameen ya rabb.

Tuesday, October 23, 2012

Macam Mana Hujan Turun (u_u)

CeritEra

Acip anak ke-5 ku, baru2 ini bertanyakan tentang langit & hujan.

Acip >> "ummi tau tak mcm mana hujan turun"
Ummi >> "erkk...hujan ni Allah yg jadikan...sebenarnya udara di awan tu bila..."

Belum pun ummi habis ckp nak tunjuk ilmu sains yg ummi buat2 lupa ni...dia dh ckp fakta dia pulak...

Acip >> "kat atas tu sebenarnya ada orang tau (ala2 bisik pun ye nada suara dia...hehe)....ada paip air kt langit tu.... orang tu kan, jaga paip tu...bila dia bukak paip tu....hujan turun lah!"

Ummi >> "haaaah? mana Acip belajar ni...manusia tak tinggal di langitlah... kalau ada org kt atas tu.... jatuh la org tu ke bwh..."

Acip >> "apalah ummi ni...mmg ada la orang kat atas tu...orang tu malaikatlahhhh! itu pun ummi tak tau!...hahahahaaaa"...amboi Acip... terbahak2 gitu

Ya Allah....mcm tu sekali imaginasi & rumusan dia ....

Next soalan dia berkisar tentang air juga....

"Ummi, tau tak air liur dgn air mata tu dibuat dari apa???"

Ummi : "Allah yang dijadikan, bukan dibuat dari apa2pun"

"Ishhh ummi ni, Acip tau lah Allah yg jadikan...tapi Allah buat dari apa"

Alahai...soalan cepu emas mcmni lah Ummi mmg tak dapek nak pusing mana lagi...

Ummi : "apa kata Acip tanya Abah sbb Abah terer bab2 air semua ni"... *larikkkk*

hahahaaa.... ;p

Alkisah yang terbaru, dia ajukan soalan terbaekkk dari ladang...

"Ummi, kenapa Acip tengok Abah solat Dhuha 2 rakaat je.... Solat Dhuha kan 5 rakaat!"

Haaahh??? Mazhab apalah yg kamu pakai nak oi.... ini mesti kes kat sekolah dia cikgu betulkan solat dia berulangkali....


Acip oh Acip! Besar cabaran ummi & abah nak besarkan kamu dgn ilmu yang setaraf usiamu!

"Ya Allah, tetapkanlah iman kami, kurniakan kesabaran pd kami, usah Kau tarik hidayahMu dari kami, kurniakanlah rezeki kelayakan syurgaMu pd kami....aameen ya rabbalalameen"

Tuesday, October 16, 2012

What goes around comes around ^_^

CeritEra

Alkisah pagi tadi aku merajuk dgn salah seorg anakku...terasa hati dgn tingkahlaku dia...
On the way ke ofis, aku call mak di kampung (jgn risau, am using loud speaker okeh...).

Borak2 dgn mak...sambil dengar suara mak, teringat pulak dulu pun aku mesti banyak lukakan hati mak...rasa mcm kitaran hidup yg dtg blk ke kita...
Teringat juga dulu bila nakal...mak selalu ckp "nanti kau dh jd mak taulah mcm mana perasaan mak"....

Ohh...now mode sedih dah...baru kau tau Lin..haaa amik kau...hahaha...bak kata omputeh "what goes around comes around". Google sendiri lah apa meeaning tu ye..hehehe

Pagi tadi masa nak pegi kerja aku sampai menangis tak berlagu...punyalah bengang dgn anak.... hati sgt suram...seperti biasa, suamiku cuma mampu terdiam...speechless kata omputeh,...hehehe...

Boleh dikatakan hampir setiap pagi aku akan masak utk bekalan anak2 ke sekolah, simple food je, nasi goreng, mee goreng, mihun goren, sandwich, nasi lemak (yg ni jarang2 kata nujum pak belalang.,...hihihi)...selalunya aku akan masak lebih & suami blh tumpang sekaki dpt bahagian dia...dia x reti masak....jd sgt tak cerewet bab makan...alhamdulillah...

Seperti biasa, setiap pagi, bila dah sampi ofis memasing, kami akan berkomunikasi...wassap2... using whatsapp... eh, tau tak whatsapp tu apa...sila google yek...hehehe...sape tak reti guna, xde whatsapp tu, mmg la hang tak gejet...hahaha... ;p

Just to share something yg mengubat luka hatiku....so sweet muweet.... suamiku, you've made my day!


Alhamdulillah atas nikmat iman & kasih sayang. :-)


Wednesday, September 19, 2012

Bila aku pergi kerja dulu....permisi pak!

CeritEra

Hampir 3 bulan suami ku berpindah tempat kerja....dan kerana itu juga we both decided to buy new car.

Sudah hampir sebulan juga aku kembali memandu sendirian ke ofis dari Shah Alam ke Bangsar. The 1st week mmg capek giler, walhal keta auto tu....sakit kaki & siap demam lagi....boleh gitu? Dah lama sgt jd Mem besar....amik kau! Hehehe....

Oleh kerana itu juga suami mengalah mengambil shift pagi, manakala aku pula shift petang...? eh faham ke shift apa ni? Shift manage anak2 lah.... Aku perlu keluar selewat2nya jam 6.30am untuk mengelak traffic jam & nak dptkan parking yg sgt limited di bangunan tmptku bekerja. Suamiku itu tidak mengapa, keluar jam 7.30am pun blh smpi ofis dia di Cyberjaya 8.20am! Aci la kan? kan? kan? ;p

Oh, jauh di sudut hati ini, kesian sgt kat dia....nak handle 5 org kanak2... (luckily kak long kat hostel)... 3 org sekolah rendah, seorg tadika & si kecik usia hampir 2 thn. Dia supervise anak2 ni semua, htr yg sekolah rendah, htr si kecik ke umah babysitter then lastly htr acip ke tadika. Eh, tp selalunya aku siapkan dulu bekal breakfast derang tau....siapkan baju2 dlm bag...kdg2 je bila terlmbt aku x masak utk bekal anak2...bwk roti je la yek...hehehe....

Pernah sekali aku terbangun lmbt....terkocoh kacah nak pegi, nampak suami tengah pegang rotan....aku cuma smpt pesan, pegang je tau, jgn marah derang sgt....then zasss kuar umah....hihihi....sian dia .... stressed dgn kerenah anak2....

Tak aci kan sebab waktu shift petang, keadaan agak terkawal...abis2 pun anak2 kelaparan, aku singgah kedai, beli makanan, senyap la derang kan...? hahahaaaa

Aku rasa bertuah kerana punya suami yg rajin, bertggjwb  & very helpful. Bab kemas rumah mmg dia sgt hebat....bab masukkan baju dlm mesin, sidai baju & lipat baju mmg dia expert....kemas giler....kebabom lah! 1 je yg dia mmg betul2 surrender...masak! dia cuma tahu msk nasi & goreng telur....eh...ok lah tu kan...hehehe

Nak jadi suami mithali, kenalah jadi suami budiman. Suamiku superhero yg hebat, hasil didikan arwah ibu mentuaku yg sgt hebat. Jadi, aku pun kena jd ummi yg hebat agar mampu mendidik anak2 yg hebat, yg menjadi superhero pujaan isteri & anak2 mereka nanti! In shaa Allah.


Semoga kita semua sentiasa dlm rahmat Allah hendaknya. Ameen ya rabbalalameen.


Friday, September 14, 2012

Sepi itu indah....?

CeritEra

Lama nya menyepi. Sepi itu indah. Konon.
Hakikatnya... lebih banyak memekak di alam Facebook.

Anak2 dah makin besar...ummi je menten muda...hehehe...

Along, Angah & Alang pun dah ada Facebook sendiri. Ateh (Ain) selalu juga merengek nak "pesbuk" sbb nak main games katanya...cehhh... Achik & Adik je tak reti mintak...kalo dak mmg rasa nak saman je taukey pesbuk sbb dh buat kami ketagih pesbuk. ;p





K.long dah form 1, and she is doing great at her school - MRSM Gemencheh. Syukur bila k.long dpt program Ulul Albab (Tahfiz), kerana benarlah kata Ustaz, rahmatnya dirasai oleh kami & seluruh keluarga yg lain. Ummi pun dah kureng sket rockkk... hahaha

Bila k.long jauh, ummi mmg patah tgn juga sbb "kak ros" tak selalu ada utk tolong jegil biji mata kat adik2...hihihi...
Anyway adik2 k.long pun semua okay, memeningkan kepala dgn idea2 yg kdg2 buat ummi rasa nak lari dari rumah....kah kah kah.... ;p

Fening mmg fening tapi dlm fening best juga bila mrk bergaduh sbb nak tunjuk hebat.... dialog2 spt:
1. "ek eleh...takat iron baju mcmtu, Angah lagi terer apa...lagi cepat buat dr Aisyah"
2. "Ummi, dh siap dah iron baju, kejap je Apis buat....kaaaacangggg lah"
3. "Ain ni kan suka sgt nak tunjuk pandai...suka ikut2 Alang.... Alang kan lagi rajin basuh bewwak Adik"
4. "Ummi, Acip lagi rajin kan dr Ateh, Acip selalu tolong sapu sampah kan"
5. "Ummi, Alang ckp kan Ain tak pandai mop lantai, biar dia yg buat"

Phewww.... perang mulut mcmtu lah sebenarnya besar hikhmahnya pd Ummi & Abah.... perang nak tunjuk lagak,,,,tp hikmahnya kurang beban kerja ummi sebab korang competing each other sape paling rajin...ummi blh jd mem goyang kaki la wei....ngeh3...

Okay. KIta jumpa lagi di lain waktu di siaran yg sama. 

Moga kita semua sentiasa dlm rahmat Allah. Ameen ya rabbalalameen.