Tuesday, November 3, 2009

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin ditahan JAIS - bebas dgn bon

CeritEra

Semalam pagi2 sebelum pi kerja, on TV, kuar berita dlm MHI Dr. Mohd Asri, bekas mufti Perlis, ditahan JAIS..
Saya & en.suami rasa terkejut sangat... apahal lak ni...

Meragukan, menjengkelkan. Rasa mcm ada agenda politik...

Sungguh tak faham, insan yang banyak membimbing orang lain, insan semulia beliau...tuptuptup dimalukan sedemikian...

Ni petikan Utusan Malaysia..

Segera beri penjelasan
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didesak memberi penjelasan segera kepada orang ramai mengenai sebab penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, alasan penahanan iaitu mengajar tanpa tauliah menimbulkan kekeliruan serta sukar untuk diterima.
Beliau berkata, Mohd. Asri merupakan seorang tokoh agama dan bekas mufti yang sering memberi ceramah agama sebelum ini dan tidak pernah dikenakan tindakan.
“Tauliah macam mana lagi yang JAIS hendak kerana kita sudah iktiraf beliau sebagai mufti sebelum ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas komen beliau di laman sosial Facebook yang mempersoalkan tangkapan JAIS ke atas Mohd. Asri ketika memberikan kuliah agama di sebuah rumah banglo di Hulu Klang malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan dan alasan yang diberikan oleh JAIS itu telah mencemarkan nama baik bekas mufti itu.
“Tetapi tiada pula sebarang kenyataan yang diambil oleh polis dan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur membebaskan bekas mufti itu membuktikan tindakan JAIS tidak tepat,’’ katanya.


Wallahualam

1 comment:

  1. dulu nabi muhammad pun kena tangkap time nak mengajar islam...di tangkap oleh org yahudi & mushrikin...ish ish ish...

    ReplyDelete