Friday, November 27, 2009

Salam Eidul Adha - erti pengorbanan

CeritEra

Salam Eidul Adha.

Kami menyambut Eidul Adha di perak... berya di perak lagi...rumah pusaka di melaka milik keluarga suami memang kosong semenjak mak mentua telah tiada..

Bercerita tentang pengorbanan, rasanya setiap orang ada cerita tersendiri...mungkin lebih hebat kisah kalian, lebih tragis, lebih indah, atau mungkin lebih bermakna..

1. Kebetulan 1-2 wks before eidul adha, saya dengan berani & yakin telah membuat keputusan yang pada saya terlalu sukar untuk saya laksanakan. Korbankan apa yg telah saya "miliki", boss yang terbaik, kerja yang selesa, tapi demi masa depan, saya berhijrah, walau ianya hijrah kecil, saya perlu lakukan kerana saya yakin inilah yang terbaik untuk saya, untuk kebaikan semua orang... walau tidaklah sampai bertukar company, hanya bertukar boss, saya kira langkah yang bkn mudah kerana boss yang sedia ada ni adalah boss terhebat yang pernah saya ada...he's not only a boss, but a good friend to me...as a friend, he will always be close to my heart. Thank you boss.

2. Solat sunat eidul adha dikampung halaman, berimamkan sahabat sekelas saya, suatu pengalaman indah yang sukar saya lupakan. Betapa suaranya yang gemersik, tajwidnya yang sempurna, saya seolah dibawa ke suatu perjalanan yang menginsafkan...betapa kerdilnya saya disisi Allah, betapa bertuahnya insan yang melahirkan sahabatku ini, betapa jiwa ini terusik. Tidak sedar airmata menitis. Kebetulan beliau bercuti, berpeluang mengimamkan solat atas permintaan generasi lama. Mengimbau kenangan sewaktu kecil, beliau merupakan sahabat yang disenangi & disegani. Soleh abis...Betapa beliau korbankan jiwa mudanya, korbankan nafsu muda, mencari ilmu, memilih pekerjaan yang jauh beza dari rakannya yg lain, walau bukan menjanjikan gaji lumayan, ia suatu jaminan akhirat yang Allah janjikan. Terima kasih teman.

3. Syukur, Allah berikan kami petunjuk. Hint bahawa kami tidak perlu khidmat pembantu rumah kami si "N" lagi. Cukuplah sehingga Mac thn depan. Ketika di kg, "N" cucuh ubat nyamuk pd anak ke-3 kami Aisyah. No doubt, anak2 kami lasak & agak nakal, tapi perbuatan "N" pada kali ini sukar utk saya maafkan. Terlalu banyak pengorbanan anak2 kami, ditinggalkan bersama pembantu, tapi dizalimi oleh "N" akhirnya. Curah bubur dikepala anak, kami maafkan kerana kami kira itu pengalaman baru "N", menengking, mengherdik anak2 kami maafkan kerana kami tau jiwa "N" yang mungkin tertekan dgn anak2 yang ramai, menampar anak2 kami maafkan kerana bahasa anak2 yang mungkin terpengaruh dengan sekeliling. Saya mula bersangka buruk, mungkinkah selama ini benjolan kepala anak bongsu, lebam dibdnnya kerana didera "N"? Dilema ibu bekerja terpaksa korbankan nasib anak2 ditangan pembantu. Kita terlalu bergantung harap pada khidmat pembantu asing. Kita terlalu berhati mulia pada mereka hinggakan mereka pijak kepala kita. Ya Allah, samapi bila harus aku korbankan perasaan anak2? KAU lindungilah anak2 ku..rahmatilah mereka, kurniakanlah rasa simpati & keinsafan dijiwa pembantu rumahku. Aminn.

No comments:

Post a Comment