Tuesday, November 27, 2012

Acip & H*id

Ketika yg lain berebut nak ambil wuduk untuk solat Maghrib, Ain bertanya padaku "Ummi tak boleh solat kan???"
"ye Ain, ummi kan cuti"
Ain - "ooo... ummi datang ha*d yek"
Perbualan itu tadi rupanya telah menyusuri halwa telinga Acip yg kelihatannya sebelum ini sedang khusyuk bermain dengan Naufal.
"Ummi, Acip pun tak boleh solat lah.... Acip pun ha*d"
Hahhh??? Apalah yang anak bertuah sorang ni merepek...
"Acip, lelaki mana ada ha*d.." balasku.
"Ummi, Acip ha*d lah... Acip tak boleh solat lah..." agak tinggi suara Acip kali ini...
"yelah Acip, tu bukan alasan tak boleh solat...tapi alasan tak mahu solat...!"

No comments:

Post a Comment