Friday, April 3, 2009

Terima Kasih Pak Lah

CeritEra

Kita manusia seringkali lupa untuk menghargai insan terbaik disisi kita. Kita cuma mula untuk mengingati kebaikannya kala dia meninggalkan kita.
Pak Lah terlalu istimewa.
Walau selepas hari ini Pak Lah bukan lagi menjadi orang no. 1 negara, Pak Lah akan terus kekal diingati.
Ketokohan Pak Lah tiada galang gantinya. Pak Lah contoh bapa mithali. Pak Lah model suami penyayang & penyabar. Bertuah Datin Sri Jeanne. Beruntung anak2 Pak Lah.
Pak Lah punya gaya & karisma tersendiri dalam menerajui negara kita. Walau apa pun kritikan terhadap cara Pak Lah bekerja, banyak jasa Pak Lah yang harus kita kenang. Style Pak Lah lain dari yang lain. Tenang, namun tegas. Malangnya, ramai yang take advantage dengan kelebihan Pak Lah ini.
Terima kasih Pak Lah kerana sentiasa mengingatkan kami bahawa budi bahasa & sopan santun adalah tonggak kejayaan insan. Terima kasih Pak Lah kerana menyedarkan kami bahawa bumi kita ini wajar dilindungi.
Jazakallah Pak Lah..!
Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak!

No comments:

Post a Comment